Thursday, June 7, 2012

ANYAMAN


INTRODUCTION

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.


Menganyam adalah salah satu seni tradisi tertua di dunia. Konon kegiatan itu ditiru manusia dari cara burung menjalin rantin-ranting menjadi bentuk yang kuat.
Kesenian ini juga ada di berbagai budaya Nusantara. Di rumah-rumah panggung di pesisir Aceh, tikar pandan menjadi alas lantai. Di Pedamaran, Sumatra Selatan, kegiatan menganyam tikar menjadi pemandangan sehari-hari yang dilakukan ibu dan para gadis remaja. Tak heran bila kota itu disebut sebagai kota tikar. Untuk memperkenalkan Kelas Antariksa pada seni tradisi nenek moyang, mereka pun diajak menganyam kain flanel.


Mereka melakukannya dengan penuh keseriusan, agar pola tikar tidak salah. Kelak, kalau sudah terbiasa, mereka mungkin akan melakukannya sambil mengobrol, seperti halnya para penganyam tikar di desa: menganyam adalah sebuah kegiatan sosial, tempat bertukarnya cerita.


Asal Usul Anyaman

Seni anyaman adalah milik masyarakat melayu yang masih sangat di kagumi dan di gemari hinnga saat ini. Kegiatan seni anyaman telah ada semenjak zaman dahulu kala, hal ini dapat di lihat pada rumah-rumah orang jaman dahulu di mana dinding rumah mereka di anyam dengan menggunakan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan hingga saat ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas, karena lapisan daun nipah yang tebal.


Seni anyaman di percaya bermula dan berkembangnya tanpa menerima pengaruh luar. Penggunaan tali, akar, dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kerajinan tangan anyaman. Bahan-bahan itu tumbuh liar di hutan-hutan, kampung-kampung, dan kawasan sekitar pantai.


Berbagai bentuk kerajinan tangan dapat di bentuk melalui proses dan teknik anyaman dari jenis tumbuhan pandan dan bengkuang. Bentuk-bentuk anyaman di buat berdasarkan fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani / nelayan, anyaman di bentuk menjadi topi, bakul, tudung saji, tikar, dan aneka rupa yang di bentuk untuk digunakan sehari-hari.


Selain dari tumbuhan pandan dan bengkuang, anyaman juga dapat di buat dari tumbuhan jenis palma dan nipah. Berdasarkan bahan dan rupa bentuk anyaman yang di hasilkan. Seni anyaman merupakan daya cipta dari sekelompok masyarakat luar istana yang lebih mengutamakan nilai kegunaannya. Walaupun pada tahun 1756 sampai 1794 telah terdapat penggunaan tikar untuk raja yang terbuat dari rotan.
Untuk memulai menganyam, waktu yang tepat adalah pada pagi atau malam hari dalam keadaan cuaca yang redup dan dingin. Daun-daun lebih lembut dan mudah di bentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah. Biasanya beberapa orang melakukan kegiatan menganyam secara berkelompok di halaman rumah atau beranda rumah pada waktu malam, petang, atau waktu senggang.


Seni kerajinan tangan anyaman adalah sesuatu karya yang unik dan rumit proses pembuatannya. Namun usaha untuk mempertahankannya harus di teruskan agar tidak termakan oleh perkembangan zaman. Budaya bangsa bukan hanya di lihat dari bahasa dan ragamnya saja, tetapi juga di lihat dari hasil karyanya yang bermutu tinggi. Warisan budaya yang unik ini harus selalu di terus di pelihara dan di manfaatkan bersama.


Wednesday, June 6, 2012

HISTORY



SEJARAH ANYAMAN

     Anyaman adalah satu tradisi yang tidak mengalami pengaruh dari luar. Perkembangan sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis anyaman penghasilan tali, rumah dan keperluan kehidupan kebanyakannya wujud pada zaman Neolitik. Bahan dan alat daripada akar dan rotan adalah dilihat sebagai bahan asas terawal yang digunakan untuk penghasilan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan bahawa pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, hanyalah raja yang menggunakan bahan anyaman yang dipanggil “Tikar Raja”. “Tikar Raja” ini dibuat daripada pohon bemban.

     Negeri yang menjalankan aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak, dan Sabah. Beberapa buah negeri masih terus aktif menjalani aktiviti anyaman di peringkat kampung. Antaranya ialah daerah Rusila, Dungun, Kampung Kijing, Kampung Ru Renggoh, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu.

     Pada zaman dahulu, aktiviti anyaman banyak dilakukan dan dikerjakan oleh wanita untuk mengisi masa senggang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Hasil kraf tangan boleh dijadikan sebagai hadiah untuk anak saudara atau sahabat handai sebagai tanda kasih. Seorang wanita yang tidak mahir dalam seni anyaman pada zaman dahulu akan dianggap sebagai seorang yang tidak mempunyai sifat kewanitaan yang lengkap. Pada waktu wanita sedang menganyam, lelaki hanya menolong menetap daun dan memprosesnya. Aktiviti anyaman selalu dilakukan secara individu atau secara kecil-kecilan yang merupakan satu usaha ekonomi bagi orang-orang di kampung. Hasil anyaman bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan pelanggan. Hasilan anyaman tidak terkongkong dalam bentuk tradisional sahaja tetapi ciptaan dimensi baru dari segi rupa dan bentuk, warna dan corak, teknik dan bahan sering diubah-ubahkan mengikut peredaran zaman dan cita rasa pelanggan.

     Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.

     Seni anyaman adalah suatu bentuk kraf yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional masyarakat Melayu dan rumpun nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman.

     Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.

     Estetik dikaitkan dengan istilah nilai-nilai keindahan, termasuk di dalamnya makna, antara lain elok, molek, cantik, anggun, bagus, lembut, utuh, seimbang, padu, bening, tenang, hampa, suram, dinamik, kukuh, hidup, gerak, hambar, sentimental dan tragik. Berekspresi estetik merupakan antara keperluan manusia yang tergolong dalam keperluan budaya, keperluan ini terhasil kerana faktor dorongan dari dalam diri manusia yang secara asasi sentiasa ingin merefleksikan keradaannya sebagai makhluk yang bermoral, berakal fikiran dan berperasaan.

     Keperluan estetik, baik secara langsung mahupun tidak langsung, terserap dalam kegiatan-kegiatan untuk memenuhi keperluan lainnya, sama ada keperluan primer, sekunder, ataupun keperluan budaya lainnya, yang berkaitan dengan perasaan baik dan benar, adil dan tidak adil serta masuk akal atau sebaliknya. Apabila menjelaskan makna estetik maka ia banyak dibincangkan berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan menekankan aspek fungsional serta kecanggihan objek tersebut. Manakala apabila menjelaskan makna kreatif dalam sesuatu hasil kesenian Melayu, kerap pemaknaan penghasilan hanya dilingkungi hasil pengamatan serta manifestasi kreatif pandai kraf terhadap alam Melayu.

     Pada zaman dahulu, seni anyaman boleh dijadikan dinding rumah, alat keperluan harian dan sebagainya. Tetapi, kebanyakan karya seni anyaman hanya boleh dijadi sebagai alat hiasan dan tradisi ini kurang disuka oleh remaja pada hari ini. Anyaman adalah kesenian yang bersifat lahiriah, mempunyai makna yang dalam dan kewujudannya merupakan wadah pemaparan idea yang melibatkan pancaindera penglihatan, pendengaran, pemikiran dan kesedaran secara seimbang sebagai symbol yang memberi makna yang tersendiri dalam masyarakat berhubung dengan adat, agama, kepercayaan, adab, perasaan, corak pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu. Tradisi ini haruslah diteruskan supaya satu gaya yang popular boleh diwujudkan.

Tuesday, June 5, 2012

TOKOH-TOKOH



TOKOH-TOKOH DALAM SENI ANYAMAN

     Seorang bakar dalam seni anyaman mengkuang telah dilahirkan di Pulau Pinang, iaitu Puan Habibah binti Mat yang telah berusia 56 tahun kini. Beliau mula mengemari dan meminati seni anyaman mengkuang sejak remaja. Ibunya, Salmiah Ahmad juga merupakan seorang penganyam mengkuang. Tetapi, ibunya tidak pernah mengajarnya tentang teknik dan kemahiran menganyam. Habibah akan mencuri-curu belajar menganyam menggunakan perkakas ibunya pada cuti sekolah tetapi sering dimarahi. Sejak ibunya Salmiah Ahmad meninggal dunia pada tahun 1979, Habibad nekad untuk berhenti kerja dan ingin meneruskan kemahiran ibunya dalam seni anyaman mengkuang. Pada tahun 1980-an, Habibah telah mengikut kursus selama dua tahun di Kraftangan Malaysia, cawangan Terengganu dalam seni anyaman mengkuang.

     Tokoh yang seterusnya adalah Puan Aminah binti Ali. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1944 yang berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Beliau merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman pada kini.

Tokoh-tokoh lain yang telah mencipta motif anyaman:

1) Siah binti Jumaat berasal dari negeri Terengganu yang mencipta kelarai Sambas.

2) Hajah Asiah binti Salleh dari negeri Terengganu yang mencipta kelarai Tapak harimau.

3) Hajah Semek dari negeri Terengganu yang mencipta kelarai Mak Mek.

4) Esah binti Said dari negeri Kelantan yang mencipta kelarai Sisik Kelah.

5) Dayang Aisah binti Awang Husin dari negeri Sabah yang mencipta kelarai bunga.


     Kelarai ialah corak atau motif yang berbentuk dan terhasil daripada proses menganyam. Anyaman yang tidak mempunyai kelarai dipanggil anyaman “ghadas” atau anyaman biasa. Anyaman kelarai biasanya terancang dan dilakukan serentak semasa proses anyaman. Dua jenis warna kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Susunan warna sesuatu anyaman biasanya dinamakan “corak”. Susunan warna sesuatu anyaman biasanya dinamakan “corak”. Jenis kelarai boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan nama individu. Kebiasaan bentuk-bentuk kelarai berdasarkan tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan abstrak.